Borang Tempahan

Nama :
Email (PENTING!!!) :
Alamat Rumah :
Poskod :
No. Telefon :
Item Yang Ingin Dibeli :
Cara Pembayaran :

SOALAN LAZIM RX YOUNG


Soal Jawab Rx-Young Creme

1. Mengapa saya merasa gatal dan ruam muncul di wajah saya selepas satu minggu penggunaan?

Penyebab utama berlakunya kegatalan dan ruam dipermukaan kulit adalah kerana dehidrasi dan kekeringan pada kulit anda, dimana itu adalah isyarat bagi anda untuk meningkatkan lagi penjagaan kulit rutin sehari-hari anda secara dalaman iaitu minum air bersih yang banyak.

2. Adakah ada faktor lain yang menyebabkan ruam dan kegatalan?

Ya. Rutin penjagaan kulit harian anda memainkan peranan yang amat penting untuk menentukan keadaan kulit anda sekarang. Pembersihan adalah langkah pertama dari rutin penjagaan kulit harian anda, anda perlu menyemak dahulu jenis pembersih muka yang anda akan gunakan. Pembersihan dengan surfactants (surface active agent) yang kasar (dengan banyak buih) seperti SLS, SLES atau sejarah dari penggunaan hydroquinone juga boleh menyebabkan kulit semakin kering dan perlu lebih peka dengan pemilihan produk kecantikan.

3. Apakah ada cara penyelesaian untuk menyembuhkan gatal-gatal dan ruam?

Konsep penyelesaian untuk menyelesaikan masalah hidrasi pada kulit anda, anda hanya perlu mengambil langkah-langkah yang mudah untuk mencegahnya:

a) Memilih pembersih muka yang sesuai untuk kulit anda.
Memilih pembersih muka yang mempunyai pelembap yang baik dan kurang buih, seperti pembersih muka gel, pembersih muka minyak dan pembersih muka susu. Cuba elakkan penggunaan sabun.

b) Memakai pelembab atau spray Rxwater pada muka
Menggunakan pelembab atau spray Rxwater pada muka sebelum memakai RxYoung Creme dan sapu dengan lapisan nipis.

c) Sapu pada badan
Sapu RxYoung Crème pada bahagian Meridian Point badan sahaja.

4. Adakah produk ini sesuai hanya dipakai diwaktu pagi sahaja atau sesuai dipakai pagi dan malam?

RxYoung Creme, sesuai untuk siang dan malam. Namun disyorkan penggunaannya hanya pada waktu malam bagi pengguna yang memiliki kulit yang kering dan sensitif.

5. Bolehkah saya menggunakan produk ini bersama produk lain? Seperti Serum?

Boleh, menggunakan produk ini bersama-sama dengan produk penjagaan kulit hidrasi lain seperti serum, penyegar dan pelembab perlindungan UV.

6. Bolehkah ianya digunakan sebagai krim mata?

RxYoung Creme, tidak digalakkan untuk dijadikan sebagai krim mata kerana ia mengandungi kepekatan bahan aktif yang tinggi. Ianya tidak sesuai untuk kawasan mata, kerana kandungan papain yang terdapat pada krim ini boleh menyebabkan kekeringan pada lapisan tisu yang sensitif yang terdapat di kawasan mata.

7. Berapa lamakah waktu yang diperlukan untuk mengurangkan bintik-bintik/pigmentasi saya?

Produk ini, mengandungi kepekatan agen pemutih semulajadi yang tinggi, ia hanya memerlukan masa sekitar 15 hari untuk melihat perubahannya. Anda dapat melihat perubahan dari pigmentasi dan bintik-bintik pada wajah mula berkurangan selama 2 minggu pertama dan akan hilang secara berperingkat. Hasil ini akan berbeza-beza mengikut keadaan kulit setiap individu.

8. Bagaimana dengan kedutan?

RxYoung Creme yang diperkaya dengan Abalon Kolagen, ianya dapat membantu merangsang pengeluaran kolagen kulit bagi meningkatkan keelastikkan kulit dan fleksibiliti antara rangkaian tisu kulit. Dalam 1-2 minggu, garis-garis halus anda akan jelas berkurangan selama menggunakan produk ini. Hasilnya adalah berbeza-beza mengikut keadaan kulit setiap individu.

9. Adakah ada had umur penggunaan? Contoh : sekiranya saya masih berumur 11 tahun?

Ia tiada had umur penggunaanya. Namun, ini adalah produk anti-penuaan dan ianya tidak sesuai untuk remaja dan fungsinya adalah sangat diperlukan untuk mereka yang berusia 25 tahun keatas.

10. Bolehkah sekiranya pengguna lelaki ingin menggunakan produk ini?

Boleh. Produk ini, tidak mengandungi sebarang bahan hormon ataupun steroid dan sesuai untuk kegunaan lelaki dan perempuan.

11. Bolehkah saya menggunakan krim ini, sewaktu saya mengalami menstruasi?

Boleh. Produk ini, tidak mengandungi sebarang bahan hormon ataupun steroid dan tidak akan mengganggu sistem hormon didalam badan.

12. Sekiranya saya tidak mengikuti Meridian Point dengan betul, adakah saya akan mengalami masalah?

Tidak, ia tiada mendatangkan masalah untuk anda. Ia tetap selamat pada seluruh wajah dan tubuh walaupun di luar Meridian Point. Konsep mengaplikasikan krim pada Meridian Point adalah untuk meningkatkan lagi tindakan penyerapan nutrisi dari krim dengan lebih baik dan lebih berkesan.

13. Kebiasaanya saya akan mengalami masalah alergi terhadap makanan laut, oleh itu bolehkah saya menggunakan produk ini?

Bagi mereka yang alahan terhadap makanan laut, tidak digalakkan mengguna krim ini kecuali dia hanya alahan terhadap makanan laut tertentu sahaja dan bukan abalone, maka dia boleh guna krim ini. Misalnya, kadangkala hanya alahan terhadap protein udang tapi mereka boleh mengambil protein lain seperti protein ketam atau protein kerang. Oleh itu, tidak digalakkan diambil oleh mereka yang mengalami alahan terhadap abalone saja.
  
14. Bagaimana pula cara penyimpanan produk ini untuk memastikan kandungannya sentiasa dalam keadaan yang baik?

Hindari dari sinaran cahaya matahari. Guna spatula untuk mengambil jumlah krim yang diperlukan dan baru sapu atas muka atau badan. Jangan sekali mengguna tangan yang mungkin mencemarkan krim itu.

No comments:

Post a Comment